Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :

  1. Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

  2. Keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

  3. Setiap murid mendapat buku teks(SPBT), satu meja dan satu kerusi pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

  4. Semua kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

  5. Proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas senarai bekalan guru diterima di lokasi.

  6. Pertukaran guru di dalam daerah dilaksanakan dua (2) kali setahun (Januari dan Jun) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan.

  7. Surat tawaran kerja/kontrak dikemukakan kepada kontraktor dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga.

  8. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).

  9. Akuan penerimaan aduan dihantar kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.

  10. Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh lima belas (15) hari waktu bekerja.

1. Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah demi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ke arah pendidikan bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Negara dengan mengambilkira kebitaran sekolah-sekolah;

2. Merancang dan melaksanakan program Perkembangan Staf,Perkembangan Profesionalisme serta meningkatkan Prestasi Kurikulum dan Kokurikulum;

Mengenalpasti dan merancang penyelesaian masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan pengajaran- pembelajaran di sekolah;

4. Memimpin sekolah mengenalpasti dan memperkembangkan potensi individu murid dalam kontek konsep pendidikan seumur hidup;

5. Memimpin sekolah untuk memperkembangkan sosial yang berterusan Serta sensitif kepada perkembangan dan perubahan sosial dan ekonomi negara;

6. Mewujudkan satu bank data yang kemaskini demi untuk pengurusan sumber yang berkesan;

7. Membantu Jabatan Pendidikan Negeri Perak merancang dan melaksanakan projek pembangunan, urusan penyelenggaraan bangunan dan perbekalan;

8. Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat, PIBG, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Pejabat-Pejabat Kerajaan;

9. Memimpin sekolah memainkan peranan yang berkesan sebagai sumber rujukan masyarakat tempatan;

10. Memimpin sekolah-sekolah melaksana dan menjayakan semua Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Perak;

11. Membantu sekolah mengadakan program khidmat kesihatan dan keselamatan;

12. Membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam hal-hal Perkhidmatan dan pengawalan tatatertib guru, murid-murid, pekerja sekolah dengan tujuan meningkatkan prestasi kerja dan

13. Memimpin sekolah supaya dapat mewujudkan sebuah masyarakat sekolah yang bersatupadu, mempunyai disiplin diri, berakhlak mulia, berkeyakinan diri dan dapat menyesuaikan dengan perubahan serta cabaran-cabaran dan setia kepada agama,bangsa dan negara serta mendukung prinsip- prinsip Rukun Negara.

Visi

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

SEJARAH/LATAR BELAKANG

AGENSI PUSAT MEWARTAKAN PPD KINTA SELATAN SEBAGAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH YANG BARU PADA TARIKH 01 FEBRUARI 2007 MELALUI SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN B (6.00) 202/1/2-24 JLD. 24(4) BERTARIKH 07 FEBRUARI 2007. PPD KINTA SELATAN MULA BEROPERASI PADA 01 JUN 2007 YANG DIKETUAI OLEH YM HAJI RAJA ABDUL RAHMAN BIN RAJA AMRAN DENGAN KEKUATAN PEGAWAI DAN STAF SERAMAI 24 ORANG. MAJLIS PELANCARAN PPD KINTA SELATAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TN. HJ. HUSSEIN BIN HARUN, PENGARAH PELAJARAN NEGERI PERAK PADA 06 NOVEMBER 2007.

              PPD KINTA SELATAN BEROPERASI DENGAN MENGAMBIL SATU BLOK BANGUNAN SEKOLAH SMK KAMPAR YANG DIUBAHSUAI MENJADI PEJABAT PENTADBIRAN, BILIK-BILIK PEGAWAI DAN STAF SOKONGAN SERTA SEBUAH BILIK MESYUARAT. PADA TAHUN 2008, SEBUAH BANGUNAN SATU TINGKAT TELAH DIBINA BERSEBELAHAN DENGAN BANGUNAN INDUK BAGI MENEMPATKAN UNIT KEWANGAN, UNIT BUKU REKOD PERKHIDMATAN, 3 BILIK PEGAWAI DAN BILIK OPERASI ATAU BILIK MESYUARAT KECIL. BANGUNAN INI MULA DIGUNAKAN PADA AKHIR TAHUN 2008. PADA TAHUN 2012, SEBUAH BANGUNAN PASANG SIAP (KABIN) TELAH DIBINA BAGI MENAMPUNG PERTAMBAHAN PEGAWAI DI PPDKS. BANGUNAN INI MULA DIGUNAKAN PADA 11 FEBRUARI 2013.

             KAWASAN TADBIR URUS PPD KINTA SELATAN MERANGKUMI KAWASAN SELUAS 109.65 KM PERSEGI MELIPUTI KAMPAR, GOPENG, BATU GAJAH, MALIM NAWAR, TANJUNG TUALANG DAN TRONOH. TADBIR URUS PPD KINTA SELATAN MELIPUTI 80 BUAH SEKOLAH YANG TERDIRI DARIPADA 15 SEKOLAH MENENGAH DAN 65 SEKOLAH RENDAH.

             KINI, PPD KINTA SELATAN MEMPUNYAI 44 ORANG PEGAWAI DAN 27 ORANG STAF SOKONGAN DALAM MENGENDALIKAN OPERASI DI DAERAH KINTA SELATAN.

 
SENARAI PPD YANG PERNAH BERKHIDMAT DI PPD KINTA SELATAN.
1.  YM HAJI RAJA ABDUL RAHMAN BIN RAJA AMRAN    - 11.06.2007 HINGGA 31.11.2009
2.  KAPT. DR. HJ. AHMAD DAMANHURI BIN IBRAHIM, PMP  - - 15.01.2010 HINGGA 09.08.2014
3. TN. HJ. WAZIR BIN MUSTAFA, AMP - 13.11.2014 HINGGA 16.03.2015
4.TN. HJ. MAT JAAFAR BIN MAT ZAIN, PPT - 16.04.2015 HINGGA 01.02.2017
5. DR. MIOR HAMDAN BIN HJ. GHAZALI, ACM - 01.08.2017 HINGGA KINI