Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :
-
Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
-
Keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
-
Setiap murid mendapat buku teks(SPBT), satu meja dan satu kerusi pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
-
Semua kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
-
Proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas senarai bekalan guru diterima di lokasi.
-
Pertukaran guru di dalam daerah dilaksanakan dua (2) kali setahun (Januari dan Jun) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan.
-
Surat tawaran kerja/kontrak dikemukakan kepada kontraktor dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga.
-
Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
-
Akuan penerimaan aduan dihantar kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.
-
Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh lima belas (15) hari waktu bekerja.