Page 2 of 2
Display #

MULTIPLE SENSORY CHAIR

KAMIL BIN SALEH

NORAINI BINTI YUSOF

NUR ‘AMIRAH BINTI BADARUDDIN

SK SERI TRONOH, TRONOH

 

ABSTRAK

 

Multiple Sensory Chair merupakan kerusi istimewa yang dicipta khas untuk murid PPKI SK Seri Tronoh. Guru mendapati murid 2 PKB Aspirasi mempunyai masalah dalam penggunaan motor halus seperti membuka dan menutup zip, membuka dan menutup butang, membuka dan menutup tombol dan selak. Guru menggunakan pendekatan Multiple Sensory Chair supaya murid dapat duduk di atas kerusi dan alat bantu belajar pada Multiple Sensory Chair. Ujian yang telah dijalankan telah menunjukkan respon yang baik. Terdapat perkembangan dari ujian pra ke ujian ke 2. Hasil dari temubual dengan guru perdana mendapati murid gembira dapat belajar kemahiran motor halus terutama murid Tahun 1. 


MODUL PELANGI (KIT PEMBELAJARAN PEMULIHAN KHAS)

JULIANA BINTI JUMAIDI

SK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Modul Pelangi merupakan Kit pembelajaran yang mempunyai 3 peringkat. 3 peringkat ini merangkumi peringkat 1(permulaan), peringkat kedua(pertengahan), peringkat 3 (advance). Modul Pelangi ini direka dalam membantu murid menguasai dan memahami mata pelajaran bahasa melayu terutamanya dalam proses mengenal huruf.Kaedah Modul ini merupakan satu cara dalam menarik minat murid untuk mengenal huruf dan membaca dengan mudah. Modul ini direka dengan visual yang berwarna warni bagi memudahkan anak-anak untuk mengena dan membaca.Kaedah ini bukan sahaja memudahkan murid mengingati apa yang dilihat, malah sangat membantu dalam mengenalpasti  tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran.

OBJEKTIF INOVASI

Inovasi Modul Pelangi ini meningkatkan struktur pdpc dalam pelaksanaan pembelajaran murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.

i. Meningkatkan motivasi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang lebih teratur.

ii. Sebagai satu alat pengukuhan, pemulihan dan pengayaan kepada murid dalam meningkatkan kefahaman mereka.

iii. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran pemulihan.

iv. Mobaliti dimana ianya mampu dan senang dibawa kemana sahaja bagi tujuan pdpc.

v. Menjimatkan ruang dan masa pdpc dalam proses murid mengenal huruf dan membaca ayat-ayat mudah.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 BAGI MURID-MURID PRASEKOLAH MENGGUNAKAN ADD-SUB KIT.

VIKNESHWARAN A/L BASHKAR

SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingungan 10 bagi murid-murid prasekolah menggunakan Add-Sub Kit. Penyelidikan ini juga dijalankan untuk melihat bagaimana Add-Sub Kit dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi murid-murid prasekolah. Penyelidikan ini melibatkan 4 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid prasekolah. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan sebagai cara mengutip data semasa intervensi dilaksanakan dalam slot pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Catatan data-data pemerhatian direkod menggunakan instrumen nota lapangan dan rekod anekdot manakala catatan data analisis dokumen direkod menggunakan   analisis   hasil   kerja murid iaitu lembaran kerja murid. Hasil analisis dokumen mendapati bahawa keempat-empat orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatkan bilangan soalan yang dijawab betul pada lembaran kerja selepas kajian. Manakala temu bual dan pemerhatian pula telah menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam menjawab soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Add-Sub Kit dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi murid-murid prasekolah. Penggunaan Add-Sub Kit dapat meningkatkan kefahaman murid prasekolah terhadap konsep operasi tambah. Intervensi ini memerlukan guru untuk membuat demonstrasi sebelum digunakan oleh murid. Pada masa akan datang, intervensi ini dapat ditambah baik dengan penyediaan satu set Add-Sub Kit versi guru yang saiznya sedikit besar daripada Add-Sub Kit versi murid supaya dilihat dengan jelas oleh murid dan menambah   elemen   teknologi dalam intervensi tersebut.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA KV + KV DENGAN KAEDAH KAD GABUNG.

YOW JIA ZHE

CHANG SHEUE JIUN

HO MEI KUEN

SJKC SUNGAI DURIAN, TANJONG TUALANG

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan Kad Gabung bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca gabungan dua suku kata KV + KV. Seramai tiga orang peserta kajian iaitu tiga orang murid lelaki yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca gabungan dua suku kata KV + KV dengan betul dan lancar. Pengkaji menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan post, pemerhatian dan temu bual. Hasil dapatan mendapati semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dengan ketiga-tiga orang peserta kajian mendapat markah 100% semasa ujian selepas post. Manakala hasil data pemerhatian dan temu bual juga menunjukkan peningkatan penglibatan murid semasa kajian tindakan dijalankan. Kesimpulanya, analisis data menunjukkan pengguan Kad Gabung dapat membantu murid menguasai kemahiran kemahiran membaca gabungan dua suku kata KV + KV serta meningkatkan minat murid terhadap topik ini.


MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 5 UNTUK MENGINGAT DAN BERMINAT TENTANG NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN ‘SNAKES AND LADDERS’

YONG SIEW CHIY

SJKC BEMBAN, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid untuk mengingat alatan jahitan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah di kawasan luar bandar Batu Gajah, Perak. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan kaedah atau teknik pengajaran mengenai tajuk alatan jahitan dengan menggunakan kaedah ‘Snakes and Ladders’ bagi meningkatkan kebolehan murid mengingat nama dan fungsi alatan jahitan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Tinjauan awal mendapati bahawa murid-murid   tidak   berminat   dengan   tajuk  pengajaran yang disampaikan oleh guru menyebabkan mereka tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Data kajian ini dikumpulkan secara triangulasi data iaitu melalui ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Semoga hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan ‘Snakes and Ladders’ dapat meningkatkan kebolehan murid mengingat nama dan fungsi alatan jahitan, seterusnya dapat menarik minat murid untuk belajar dengan lebih mendalam bagi tajuk artikel jahitan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi.


MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK “SKOP” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

PHAN BAO YI

CHIN MEEI YUH

TUNG MEE KHENG

SJKC SIN MIN TRONOH MINES, KAMPAR

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik kemahiran membina ayat dalam kalangan murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan tiga orang guru sebagai pengkaji dan empat orang murid Tahun 3 sebagai peserta. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan-latihan dan ujian pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid menghadapi masalah tiada idea untuk membina ayat lengkap. Perancangan tindakan difokuskan kepada kemahiran Teknik “SKOP” untuk meningkatkan daya pemikiran murid. Murid telah didedahkan    kepada    Teknik    “SKOP”    semasa   sesi pembelajaran dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Hasil temu bual pula menunjukkan murid lebih berminat untuk menggunakan teknik “SKOP” semasa membina ayat dan hasil ayat yang dibina lebih gramatis. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknik “SKOP” berupaya menambah baik kemahiran membina ayat Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3.


LADAPSYS

 

KHAIRULAZUAD BIN HUSAIN

YENNY CHEE FONG YEUN

YOGEISHWARY A/P RAMAN

SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Sistem pengurusan dokumen yang sistematik diperlukan oleh kebanyakan organisasi dalam pengurusan dokumen fizikal termasuklah institusi pendidikan seperti sekolah yang berdepan dengan lambakan dokumen rasmi seperti rekod latihan staf. Justeru, satu kajian berkenaan sistem pengurusan rekod dokumen Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAPSYS) melalui aplikasi dijalankan dengan beberapa objektif menyediakan platform dan kaedah pengurusan dan penyimpanan dokumen yang tersusun seterusnya prosedur rekod latihan yang lebih efisien dan efektif. Teori Aktiviti digunakan sebagai kerangka analitikal asas dalam keseluruhan kajian kerana mengandungi enam komponen yang bertepatan dengan konteks kajian iaitu aktiviti manusia di dalam pengurusan dokumen.  Enam  komponen  tersebut disokong dengan Eight Steps Model (ESM) yang menyediakan lapan langkah mengenalpasti keperluan sistem sebelum dibangunkan. Setelah LADAPSYS dibangunkan, penilaian keberkesanan sistem dilaksanakan melalui instrumen soal selidik yang ditadbir kepada 74 orang staf sekolah melibatkan dimensi kebolehgunaan dan impak penggunaan. Dapatan menunjukkan tahap keberkesanan LADAPSYS adalah tinggi dengan nilai purata min ialah 3.83 manakala nilai min bagi dimensi kebolehgunaan ialah 3.77 dan min impak penggunaan pula ialah 3.88. Inovasi yang dilaksanakan di SMK Sultan Yussuf ini menunjukkan impak yang positif daripada pengguna dengan projek telah diberi penambahbaikan berdasarkan input responden. Kesimpulannya, LADAPSYS yang dibangunkan diakui praktikal, mudah, menjimatkan masa dan kos serta mampu membantu pengurusan dokumen dan rekod latihan di sekolah. Projek inovasi ini mempunyai potensi yang tinggi untuk disebarluaskan di sekolah-sekolah lain dan boleh juga diasimilasi untuk sistem pengurusan dokumen yang setara.


KESAN PENGGUNAAN KAEDAH T.I.T.I.K. TERHADAP PENCAPAIAN DAN PERSEPSI MURID-MURID TAHUN 5 DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN (BAHAGIAN B - ULASAN)

MOHD HARMAN BIN MD RODZI

SK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

 

Kaedah T.I.T.I.K. ialah satu kaedah yang diperkenalkan oleh penyelidik bagi membantu murid-murid khususnya murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) untuk menulis ulasan dengan betul dan mematuhi format yang telah ditetapkan. Kaedah T.I.T.I.K. merupakan singkatan kepada T (Tajuk), I.T. (Isi Tersurat), I (Isi Tersirat) dan K (Kesimpulan). Kaedah ini dicipta selepas penyelidik mengesan kelemahan murid-murid semasa menulis ulasan. Antara kelemahan tersebut ialah ketiadaan idea atau hala tuju untuk     menulis     ulasan     dan     masih    tidak    dapat membezakan antara Bahagian B - Ulasan dengan Bahagian C - Karangan khususnya jumlah perenggan dan bilangan patah perkataan yang perlu dibuat. Selain itu, murid-murid banyak melakukan kesalahan dari segi ejaan, tanda baca, susunan ayat dan penggunaan tatabahasa. Bagi menilai sejauhmana Kaedah T.I.T.I.K. ini mampu memberi kesan terhadap pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu Penulisan (Bahagian B - Ulasan), penyelidik telah melaksanakan satu kajian tindakan. Penyelidik telah memilih seramai 36 orang murid Tahun 5 dari kelas 5 UM di SK Sultan Yussuf, Batu Gajah sebagai responden. Untuk pengumpulan data, penyelidik telah memilih kaedah penilaian dan kaedah tinjauan. Instrumen kajian bagi kaedah penilaian ialah ujian pra dan ujian pasca, manakala bagi kaedah tinjauan pula instrumen kajian yang digunapakai ialah borang soal selidik. Sementara itu, bagi analisis data, penyelidik telah memilih kaedah kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu perbandingan antara markah dan gred ujian pra dengan ujian pasca, peratus dan kekerapan skor yang dipilih (Skala Likert). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 26 orang responden  (72.22%) daripada 36 orang   responden mencatatkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Selain itu, 2 orang responden atau 5.56%-pula mencatatkan penurunan markah dan 8 orang responden atau 22.22% lagi mencatatkan markah yang sama dalam ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, perbandingan ujian pra dan ujian pasca mengikut gred pula turut mencatatkan impak positif. Buktinya, seramai 10 orang responden (27.78%) berjaya memperolehi Gred A (markah 13 - 15) semasa ujian pasca berbanding 3 orang (8.33%) ketika ujian pra. Sementara itu, dapatan soal selidik persepsi pula memperlihatkan bahawa sebahagian besar responden bersetuju bahawa Kaedah T.I.T.I.K. ini telah membantu mereka menulis ulasan dengan baik dan meningkatkan pencapaian mereka. Para responden juga turut menjelaskan bahawa mereka seronok mempelajari Kaedah T.I.T.I.K. untuk menulis ulasan. Kesimpulannya, dapatan markah ujian pra dan pasca adalah selaras dengan dapatan soal selidik, di mana Kaedah T.I.T.I.K. dianggap berkesan dalam membantu responden untuk menulis ulasan dengan baik dan memenuhi format yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, Kaedah T.I.T.I.K. ini adalah amat sesuai untuk diaplikasikan kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dalam mempelajari Bahasa Melayu Penulisan (Bahagian B - Ulasan). 


KEBERKESANAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF MELALUI KAEDAH   NYANYIAN DAN BERMAIN KAD PINTAR KETIKA PERLAKSANAAN  AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIRUMAH DALAM KALANGAN MURID MURID PRASEKOLAH

HALIDAH LAILI BT SHAARANI

SK SENTOSA, KAMPAR

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan tahap penguasaan kemahiran mengenal abjad melalui kaedah nyanyian dan bermain kad pintar dalam kalangan murid murid Prasekolah yang menghadapi kesukaran dalam mengenal abjad.  Secara khususnya kajian ini akan cuba mencari jawapan kepada persoalan adakah dengan menggunakan kaedah nyanyian dan bermain kad pintar dapat membantu murid meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, seterusnya dapat membantu murid murid yang mengalami kesukaran dalam mengenal huruf huruf a hingga z yang sepatutnya telah mereka kuasai setelah sebualan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Dapatan kajian mendapati bahawa setiap murid yang mempunyai masalah ini boleh dibantu dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran yang menarik bersesuaian dengan masalah dan kesukaran yang mereka hadapi.  Keperihatinan dan pengetahuan guru berkaitan dengan masalah murid murid ini sangat penting dalam usaha untuk membantu mereka belajar dengan suasana yang menyeronokkan dan berkesan.


KEBERKESANAN AKTIVITI BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENGURANGKAN TEKANAN GURU-GURU SEPANJANG TEMPOH PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

FARAH MARDHIAH BINTI MEOR AHMAD MARZUKI

SITI SUHAILA BINTI KARIA

 SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam mengurangkan tekanan guru-guru di rumah sepanjang tempoh pengajaran pembelajaran di rumah. Sampel kajian melibatkan 58 orang guru SMK St. Bernadette’s Convent. Tinjauan awal dilihat setelah satu soal selidik permasalahan guru-guru sepanjang tempoh pengajaran pembelajaran di rumah diberikan kepada guru-guru. Tekanan mengajar di rumah  dengan  cabaran dan kerja-kerja lain yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan pdpr dalam masa yang sama pengurusan keluarga, penglibatan murid yang kurang dalam kelas online, masalah capaian internet yang tidak memuaskan dan lain-lain cabaran serta permasalahan yang perlu dihadapi oleh guru-guru. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti kepada guru-guru disamping aktiviti bersama pelajar-pelajar dilakukan dalam mengurangkan tekanan. Aktiviti bersama guru-guru dibuat pada hari cuti dan perkongsian berkenaan penjagaan diri, teknik pengurusan stress dan pelbagai bahan lagi diberikan dari semasa ke semasa untuk membantu guru-guru dalam mengurangkan tekanan sepanjang tempoh pdpr. Hasil perkongsian aktiviti bersama guru kaunseling dan perkongsian luar sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dalam mengurangkan tekanan sepanjang pdpr berlangsung disamping mendapat respon yang positif dari rakan-rakan guru.


KE ARAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKU KATA KVKVKV MELALUI PERMAINAN ‘TWISTER’

NIRMALA A/P PARAMASIVAN

SJKT KAMPAR, KAMPAR

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai dan meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKVKV melalui permainan ‘Twister’. Responden kajian terdiri daripada empat orang murid pemulihan yang berumur lapan tahun di SJKT Kampar dari daerah Kinta Selatan. Intervensi yang dijalankan adalah selama empat minggu untuk membantu responden mengeja suku kata KVKVKV dengan betul. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca serta pemerhatian berstruktur. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif iaitu peratusan dan frekuensi. Hasil data boleh dirumuskan seperti berikut: (1) Semua responden menunjukkan peningkatan peratusan dalam penguasaan kemahiran mengeja suku kata KVKVKV selepas intervensi. (2) Permainan    ‘Twister’    dapat    membantu    murid  dalam meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKVKV. Oleh itu, permainan Twister disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid menguasai kemahiran mengeja suku kata KVKVKV terutamanya untuk golongan murid pemulihan. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah dengan menggunakan permainan ‘Cow Boy Hunt’ sebagai alternatif lain untuk membantu murid menguasai kemahiran mengeja suku kata KVKVKV.


KAEDAH INKUIRI DALAM MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN KPS SAINS

MOHD PADIL BIN WAHAB

SMK METHODIST (ACS), KAMPAR,

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam menjalankan kaedah imkuiri di dalam makmal dengan Kemahiran Proses Sains (KPS) dan mengaplikasikannya   pula dalam menjawab soalan Bahagian A atau Bahagian C. Tajuk kajian ini ialah “Kaedah Inkuiri Dalam Meningkatkan Kebolehan Pelajar Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains”. Kaedah Inkuiri yang dipilih adalah menggunakan kaedah eksperimen. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Kampar, Perak. Responden kajian seramai empat belas orang. Pengkaji memilih penyelidikan kualitatif dan kaedah kajian tindakan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data kajian terdiri daripada pemerhatian, ujian, temu bual, dan analisis    dokumen.   Data   dianalisis    secara  diskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam topik Mikroorganisma sebelum dan selepas kaedah ini diaplikasikan. Selain itu, kajian tindakan ini juga memberikan ruang kepada pengkaji untuk menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru subjek Sains menggunakan Kaedah Inkuiri. Implikasi daripada kajian ini, guru-guru subjek Sains boleh mengintegrasikan penggunaan Kaedah Inkuiri dalam pengajaran mereka bagi membantu murid-murid yang lemah untuk memahami Kemahiran Proses Sains.


EZ-FLIP 2.0 (PAPAN FLIP TEN-FRAME)

ROZZIANA BINTI MOHAMAD SOM

ROZIAWATY BINTI MOHS SAYUTY

ZULIZA BINTI ZAKARIA

SK POS DIPANG, SAHOM

 

ABSTRAK

Pengajaran berkonsepkan kepada aktiviti konkrit amat penting bagi memudahkan kefahaman murid memahami sesuatu konsep asas Matematik. Namun demikian, kekangan dalam menguruskan bahan mengajar yang banyak serta kekangan masa dalam penyediaan bahan telah menjadikan ianya isu besar bagi melaksanakan aktiviti ini. Justeru itu, inovasi EZ-Flip dihasilkan bagi menambahbaik bahan bantu mengajar yang sedia ada agar dapat digunakan secara optimum. Diilhamkan dari konsep asal Ten-Frame dimana ianya telah diolah menjadi satu papan yang mempunyai 10 bulatan leper (berwarna hitam dan putih) yang boleh dipusing ‘flip’ yang berfungsi sebagai bahan pengiraan tanpa perlu menyediakan bahan sampingan seperti chip, guli, blok atau sebagainya. Inovasi ini digunakan dalam  menerangkan konsep asas mengira dan memperkenalkan operasi asas Matemati iaitu tambah dan tolak (dalam lingkungan 10) dengan mudah dan pantas. Inovasi ini sememangnya membantu dalam pengurusan bahan pembelajaran di dalam kelas terutamanya pada situasi pengurusan norma baharu ini yang mempunyai prosedur standard operasi (SOP) yang perlu dipatuhi. Responden terdiri daripada 14 orang murid Tahun 1, SK Pos Dipang, Kampar yang merupakan murid keturunan Orang Asli yang majoritinya masih belum menguasai asas pengiraan nombor. Instrumen kajian meliputi pemerhatian, temubual dan lembaran kerja yang dilaksanakan sebagai ujian pra dan pasca ujian. Hasil analisis dan statistik mendapati kesemua respondan menunjukkan minat dan peningkatan markah prestasi ujian (PBD). Dapatan ini membuktikan bahawa rekreasi matematik ini merupakan medium pembelajaran yang sangat berkesan. Sememangnya, EZ-Flip ini menjadikan pembelajaran lebih menarik, efektif dan jumlah waktu pengurusan dan pengendalian bahan bantu mengajar dapat dijimatkan sekaligus meningkatkan motivasi guru untuk lebih yakin dan kreatif dalam pengajaran.


BOLA MISTERI    “மர்ம பந்து

KAYALVILI A/P BALA KRISHNAN

SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kemahiran membaca merupakan fokus utama dalam Tunjang Komunikasi yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Namun murid prasekolah menghadapi masalah dalam membaca perkataan Bahasa Melayu (kvkv) dan perkataan Bahasa Tamil (ஈரெழுத்துச் சொற்கள்). Bagi menangani masalah ini guru mencipta inovasi yang bernama ‘Bola Misteri’. Penggunaan ‘Bola Misteri’ dapat meningkatkan minat murid terhadap kemahiran membaca perkataan dengan mudah dan lancar. Inovasi ‘Bola Misteri’ ini lebih berfokus kepada kaedah belajar sambil bermain. Metodologi kajian yang digunakan adalah kualitatif iaitu pemerhatian dan temubual bersama murid prasekolah. Guru memilih seramai sepuluh orang murid prasekolah yang menghadapi masalah membaca perkataan. Borang pemerhatian digunakan untuk mengetahui tahap murid sebelum melaksanakan inovasi ‘Bola Misteri’. Keputusan borang pemerhatian dianalis dan guru melaksanakan inovasi ‘Bola Misteri’ dalam pdpc. Inovasi ini merangkumi tiga aktiviti. Iaitu aktiviti pertama murid menonton video dari QR code diberi dan menyebut suku kata atau huruf Bahasa Tamil yang terdapat di sarang dan murid diberi token. Murid-murid menggunakan tab yang disediakan oleh guru. Aktiviti kedua, murid perlu memasukkan token dalam mesin vendor dan dapatkan ‘Bola Misteri’. Dalam ‘Bola Misteri’ terdapat buku mini yang menggandungi QR code untuk video perkataan. Murid membaca perkataan yang ditonton dan murid menyusun kad huruf untuk dijadikan perkataan yang ditonton, serta membacanya. Manakala aktiviti ketiga adalah murid menyaipkan kuiz online. Pemerhatian dan temubual telah dijalankan sekali lagi pada murid yang sama selepas inovasi digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dalam kemahiran membaca perkataan dengan menggunakan inovasi ‘Bola Misteri’. Jadi inovasi ‘Bola Misteri’ ini berkesan dan boleh guru-guru prasekolah digunakan di dalam kelas mereka.


APLIKASI KAEDAH TAKAB-TAKIB DALAM MEMBANTU MURID UNTUK MENYELESAIKAN SOALAN PERSAMAAN LINEAR SERENTAK DALAM DUA PEMBOLEH UBAH

NURIMA BINTI MOHD KAMAL

SMK SERI KAMPAR, KAMPAR

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tingkatan satu di dalam subtopik Persamaan Linear Serentak Dalam Dua Pemboleh Ubah. Seramai 20 orang murid kelas 1 Bakawali SMK Seri Kampar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan persamaan linear serentak menggunakan kaedah penggantian dan penghapusan walaupaun guru telah menunjukkan banyak contoh. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah alternatif bagi murid mencari nilai pemboleh ubah untuk menyelesaikan persamaan linear serentak. Murid telah didedahkan kepada kaedah TAKaB-TAKiB sebelum ujian pos dilaksanakan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mudah dan yakin untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan linear serentak.

 


ALPHABET’S WORLD                                                     

ROSNITA BINTI JASIN

SK AYER HITAM LABU, KAMPAR

 

ABSTRAK

Menulis adalah satu cara pembelajaran yang amat penting. Menulis huruf dengan betul membolehkan murid membaca dan memahami isi pembelajaran dengan lebih baik. Bermula dari tahun satu, murid diajar tentang menulis huruf dengan betul. Namun sebahagian besar murid tidak dapat menulis huruf kecil dengan betul. Melalui kaedah warna-warna bumi, murid perlu menulis berpandukan warna yang telah diberikan. Murid perlu mengetahui terdapat beberapa huruf yang mempunyai bentuk yang berlainan   dan perlu ditulis dengan betul. Setelah diberi penerangan murid dapat menulis dengan lebih teratur dan betul kedudukan hurufnya. Sehubungan dengan itu, murid dapat memperbaiki tulisan dan dapat memahami apa yang ditulis. Secara kesimpulannya, melalui kaedah warna-warna bumi ini, murid dapat menulis huruf kecil dengan betul kedudukan hurufnya.


ALPHABET CONVERTER

VIKNESHWARAN A/L BASHKAR

SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kemahiran menyebut huruf dan perkataan merupakan salah satu kemahiran terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak supaya dapat melatih dan mengembangkan literasi awal dalam kalangan murid-murid sejak kecil lagi. Namun, terdapat murid yang menghadapi masalah dalam mengingat dan mengenal huruf A sampai Z serta mereka tidak dapat memberi fokus yang baik semasa waktu PdPC. Bagi mengatasi masalah ini, satu bahan inovasi yang bernama ‘Alphabet Converter’ telah dihasilkan oleh guru supaya dapat membantu para murid prasekolah untuk mengembangkan kemahiran mengenal huruf dan perkataan. Bahan inovasi ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid untuk mengingat bentuk dan bunyi huruf A sampai Z serta untuk mengenal perkataan berdasarkan gambar. Inovasi ‘Alphabet Converter’ ini lebih  berfokus  kepada  kaedah  belajar  sambal  bermain. Metodologi kajian yang digunakan adalah kualitatif iaitu pemerhatian dan temubual bersama murid prasekolah. Guru memilih seramai sepuluh orang murid prasekolah yang menghadapi masalah mengenal huruf. Borang pemerhatian digunakan untuk mengetahui tahap murid sebelum melaksanakan inovasi ‘Alphabet Converter’. Keputusan borang pemerhatian dianalisis dan guru mengaplikasikan bahan inovasi dalam sesi PdPC. Inovasi ini merangkumi dua set aktiviti iaitu dalam aktiviti pertama murid-murid akan memilih kad imbasan huruf dan memasukkan dalam bahan ‘Alphabet Converter’ untuk menukarkan kad huruf kepada kad yang bergambar. Dalam aktiviti kedua, murid-murid dikehendaki memadankan perkataan dengan gambar yang betul dalam ‘Big Book’. Pemerhatian dan temubual telah dijalankan sekali lagi pada murid yang sama selepas pengaplikasian inovasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dalam kemahiran menyebut huruf A sampai Z dan perkataan dengan betul. Jadi inovasi ‘Alphabet Converter’ ini berkesan dan boleh guru-guru prasekolah digunakan di dalam kelas mereka.


3V: VAST VOCAB VENTURE

NURUL DINIE BINTI ALIAS

RENUGA DEVI A/P SANDARAN

SMK MALIM NAWAR, MALIM NAWAR

 

ABSTRAK

 

Kemenjadian murid dapat dibentuk melalui persekitaran pembelajaran yang berkesan. Ini dapat diwujudkan oleh pemimpin sekolah dan guru yang berkualiti dengan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti. Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan pelajar-pelajar SMK Malim Nawar terutama pelajar tingkatan satu mengalami masalah dari segi penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Oleh itu, satu perubahan telah dibuat oleh para guru untuk menangani masalah ini  melalui 3V: Vast Vocab Venture dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Program ini merangkumi empat fasa yang berlandaskan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998).  Instrumen   yang   digunakan   adalah ujian secara bertulis iaitu Vocab Test bagi melihat keberkesanan program ini. Tinjauan juga dijalankan dalam bentuk borang soal selidik sebagai alat untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Data-data dan maklumat diproses dan diverifikasi dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for the Social Sciences 23.0 (SPSS 23.0).