APLIKASI KAEDAH TAKAB-TAKIB DALAM MEMBANTU MURID UNTUK MENYELESAIKAN SOALAN PERSAMAAN LINEAR SERENTAK DALAM DUA PEMBOLEH UBAH
NURIMA BINTI MOHD KAMAL
SMK SERI KAMPAR, KAMPAR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tingkatan satu di dalam subtopik Persamaan Linear Serentak Dalam Dua Pemboleh Ubah. Seramai 20 orang murid kelas 1 Bakawali SMK Seri Kampar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan persamaan linear serentak menggunakan kaedah penggantian dan penghapusan walaupaun guru telah menunjukkan banyak contoh. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah alternatif bagi murid mencari nilai pemboleh ubah untuk menyelesaikan persamaan linear serentak. Murid telah didedahkan kepada kaedah TAKaB-TAKiB sebelum ujian pos dilaksanakan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mudah dan yakin untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan linear serentak.