KAEDAH INKUIRI DALAM MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN KPS SAINS

KAEDAH INKUIRI DALAM MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN KPS SAINS

MOHD PADIL BIN WAHAB

SMK METHODIST (ACS), KAMPAR,

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam menjalankan kaedah imkuiri di dalam makmal dengan Kemahiran Proses Sains (KPS) dan mengaplikasikannya   pula dalam menjawab soalan Bahagian A atau Bahagian C. Tajuk kajian ini ialah “Kaedah Inkuiri Dalam Meningkatkan Kebolehan Pelajar Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains”. Kaedah Inkuiri yang dipilih adalah menggunakan kaedah eksperimen. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Kampar, Perak. Responden kajian seramai empat belas orang. Pengkaji memilih penyelidikan kualitatif dan kaedah kajian tindakan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data kajian terdiri daripada pemerhatian, ujian, temu bual, dan analisis    dokumen.   Data   dianalisis    secara  diskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam topik Mikroorganisma sebelum dan selepas kaedah ini diaplikasikan. Selain itu, kajian tindakan ini juga memberikan ruang kepada pengkaji untuk menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru subjek Sains menggunakan Kaedah Inkuiri. Implikasi daripada kajian ini, guru-guru subjek Sains boleh mengintegrasikan penggunaan Kaedah Inkuiri dalam pengajaran mereka bagi membantu murid-murid yang lemah untuk memahami Kemahiran Proses Sains.