Semua Guru Besar
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Tuan,
PROGRAM MENGHARGAI BAKAT DAN MINAT MURID PRASEKOLAH PASCA COVID-19 : PERTANDINGAN BUKU SKRAP KEMERDEKAAN - MALAYSIA PRIHATIN BAGI TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan. Perlandingan ini diadakan bagi tujuan untuk menggalakkan bakat, minat serta kreativiti murid prasekolah semasa Pasca Covid-19. Pertandingan ini akan diadakan bermula pada 15 Julai sehingga 21 Ogos 2020.
3. Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan seperti dalam lampiran 1 dan syarat-syarat pertandingan dalam lampiran 2.
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Chong Hean Long, Penolong Pengarah Prasekolah dan Rendah, di talian 05-5015115 / 01O-5666844
Sekian, terima kasih
4. Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.