Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,
Pengetua dan Guru Besar
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Tuan,
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI) SECARA ATAS TALIAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan ini, dilampirkan bersama surat makluman berkaitan pertandingan untuk makluman tuan serta jadual pertandingan yang telah disediakan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan bagi tindakan yang selanjutnya.
3. Tuan juga hendaklah merujuk e-mel 1GOVUC sekolah masing-masing bagi memuat turun garis panduan/syarat setiap pertandingan.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,
PN.NORLITA BT MOHD ALIAS
PENOLONG PPD PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN