Menangani Masalah Ketandusan Idea Dalam Menulis Karangan dengan Menggunakan Kaedah ‘ TRIPLE T ‘
Oleh : Julia binti Khalid
SK Bakap, Batu Gajah
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
1.1 Saya merupakan guru bahasa Melayu dan mengajar bahasa Melayu tahun 5 Pintar.
1.2 Masalah utama murid-murid yang saya ajar ialah murid-murid tidak dapat
menyumbangkan idea dan mengembangkan idea. Murid-murid hanya dapat menulis
karangan menggunakan ayat tunggal dan sering melakukan pengulangan idea. Terdapat
juga banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat serta penggunaan perkataan. Murid juga
tidak dapat menulis karangan dengan teratur dan kebanyakannya tidak menulis dalam
bentuk perenggan.
1.3 Masalah ini dapat dibuktikan daripada latihan yang diberi semasa di dalam kelas dan
keputusan ujian bulan Mac.
1.4 Murid kurang membaca ,kurang bermotivasi untuk menulis karangan dan ini
menyebabkan mereka ketandusan idea.
1.5 Terdapat juga murid yang tidak dapat memahami soalan yang diberi. Apabila murid
tidak faham soalan yang diberi,sudah tentulah mereka tidak dapat menulis karangan
dengan baik.
1.6 Contoh 1 ialah murid tidak faham dengan soalan yang diberi. Apabila murid tidak faham
dengan soalan yang diberi,murid tidak dalam menulis karangan dengan baik.tiada isi dan
tiada pengembangan idea .