Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran Ibadah Solat Dalam Kalangan Guru Dan Murid SJKC Kampong Timah, Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan Satu Kajian Tindakan.

 

 

Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran Ibadah Solat Dalam Kalangan Guru Dan Murid SJKC Kampong
Timah, Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan Satu Kajian Tindakan.


Oleh:
Mohd Hilmi Bin Mohd Hashim

Sekolah Jenis Kebangsaan Kampong Timah
31800 Tanjung Tualang, Perak.

 


ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membincangkan pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat guru Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampong Timah, Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan yang melibatkan seorang responden guru dan lima orang responden murid. Kaedah ataupun pendekatan yang bersesuaian menjadi peranan penting dalam memastikan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pendekatan dibahagikan kepada pendekatan induktif, pendekatan deduktif,
pendekatan dan eklektif. Kaedah lain termasuk kuliah, demonstrasi dan pendekatan penggunaan alat bantu mengajar (BBM) turut dikutip semasa proses kajian dijalankan. Pendekatan kualitatif iaitu pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Seterusnya, analisis deskriptif adalah untuk menentukan pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan eklektif, kaedah kuliah, kaedah demonstrasi dan penggunaan alat bantu mengajar (BBM) antara pendekatan dan kaedah yang diaplikasi dalam pengajaran
ibadah solat. Disamping itu, pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah kaedah demonstrasi menjadi kecenderung guru menggunakannya. Oleh itu diharap kajian ini dapat membantu guru Pendidikan Islam khususnya untukmenentukan kesesuaian pendekatan dan kaedah dalam pengajaran Pendidikan Islam dalam pengajaran ibadah solat.