TAJUK :
PERLAKSANAAN KAEDAH LATTICE DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
DISEDIAKAN OLEH :
PANITIA MATEMATIK
SK TANJUNG TUALANG
BATU 7, 31000 BATU GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN
Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran menjadi topik utama dalam dunia pendidikan pada masa kini.
Pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk menarik perhatian murid untuk mengikuti
pengajaran. Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang dapat digunakan bagi meningkatkan
prestasi murid. Bagi kajian ini, kemahiran pendaraban dipilih. Pendaraban merupakan satu
kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Matematik di sekolah rendah. Jika murid tidak
dapat menguasai kemahiran ini pada peringkat awal, mereka akan menghadapi cabaran dan
masalah pada masa hadapan. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menilai keberkesanan
perlaksanaan kaedah Lattice dalam membantu meningkatkan kemahiran asas pendaraban, yang
melibatkan pendaraban pelbagai digit. 10 orang murid tahun 5 (5 orang) dan tahun 6 (5 orang)
di Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak telah terpilih. Ujian Pra dan Pos
telah dilakukan bagi membandingkan tahap pencapaian kajian