LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH
DI DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN
“SUBSTITUTION TABLE’’ KEPADA 22
MURID-MURID TAHUN 2 AL-FARABI
Oleh:
Rosnita Bt Jasin
Sangeethavanee a/p Ganesan
Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah
31700 Malim Nawar, Perak
ABSTRAK
Kajian ini kami laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri seperti anjakan
paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi
kebanyakan murid subjek Bahasa Inggeris adalah subjek yang susah dan mereka bergantung
pada guru untuk menyelesaikan latihan yang diberi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
semakan kerja murid, pentaksiran bilik darjah, soal selidik, temubual serta pemerhatian. Hasil
tinjauan menunjukkan murid tidak mahir menulis ayat serta banyak perkataan-perkataan yang
salah serta susunan ayat yang terbalik. Kemahiran menulis adalah penting bagi setiap murid
untuk mendapat markah yang tinggi.
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid 2 AlFarabi di dalam penulisan Bahasa Inggeris kami mengaplikasikan kaedah “substituition table”.
Melalui kaedah ini murid-murid dapat membina ayat secara mudah dan struktur yang betul.
Menurut sumber “Great idea : Substitution Table”
https://ealresources.bellfoundation.org.uk/teachers/great-ideas-substitution-tables mengatakan “It is a very useful
scaffolding resource which extends the speaking or writing skills of EAL learners and can
be used as a reinforcement of newly acquired language.” Dan kami merasakan kaedah ini
dapat diguna pakai untuk membantu murid yang mempunyai pelbagai aras pengetahuan menulis
ayat mudah secara berulang ulang (repetition) mengikut kreativiti mereka. Seramai 22 orang
murid serta 2 orang guru terlibat di dalam kajian ini. Lapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dalam tempoh sebulan. Aktiviti ini dijalankan selama 20 hingga 30 minit setiap hari
Rabu dan Jumaat. Pencapaian pentaksiran bilik darjah yang dijalankan menunjukkan
peningkatan prestasi murid-murid. Murid-murid juga menunjukkan minat terhadap subjek Bahasa
Inggeris menggunakan kaedah ini kerana ia mudah, senang dan seronok. Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah ini haruslah dikekalkan agar murid lebih berminat pada
subjek Bahasa Inggeris khususnya dalam penulisan.