Oleh :
MASZIDA BINTI MASRI
SK SULTAN YUSSUF
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji punca masalah murid yang tidak mengenal warna asas atau warna primer bagi murid pendidkan khas seramai 9 orang dari tahun PKB 2 Gigih ,Sk.Sultan Yussuf. Mereka terdiri daripada kategori ‘Slow Learner,Autisme’ dan ‘Down Sindrom’. Mereka merupakan murid yang sangat lemah dan kurang mengenal warna primer atau dikenali sebagai warna asas yang terdiri warna merah,kuning dan biru.Sasarannya kepada murid tahun 2 (KSSRPK) PKB 2 GIGIH. Ia boleh diguna pakai kepada semua murid tahun 2-6. Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran yang digunakan ialah tahun 2 .Tinjauan awal yang telah saya lakukan secara maujud tunjuk dan sebut warna asas,murid
kurang peka dan kurang mengingatinya walaupun dalam bentuk maujud. Saya mendapati murid MBK sangat aktif dan suka bermain.Oleh itu,saya ciptakan model Peti Ajaib Primer ini sebagai langkah untuk menarik minat untuk belajar dan mudah untuk mengingati tentang warna .Selain itu ,ia juga boleh mewujudkan sikap untuk berinteraksi dalam kumpulan.Secara tidak langsung murid yang pemalu dan pasif akan tampil ke hadapan untuk menyumbangkan idea walaupun murid tersebut hanya mampu menunjuknya denga jari sahaja. Dengan bantuan Peti Ajaib Primer ini mendorong saya meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan didik hibur agar mereka lebih teruja dan minat dalam PDPC yang dijalankan.