PENGGUNAAN APLIKASI “KUIZ INTERAKTIF WORD WALL” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU MURID-MURID PRASEKOLAH BARATHITHASAN SJKT GOPENG, PERAK.

 

Oleh:

Nagaletchumi A/P Sundralegan

Guru Prasekolah SJKT Gopeng

 

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Syed Abu Bakar (1994) peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecam huruf. Kemahiran asas bahasa seperti kemahiran membaca perlulah dikuasai supaya murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran. Menurut Jamilah Ahmad (1999) menjelaskan bahawa perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan pemikirannya. Oleh yang demikian, pendedahan awal asas bacaan kepada murid-murid adalah amat penting