MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA DAN HURAIAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 2 DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
Oleh:
Mohd Rizal bin Mat Arik
Muhammad Firdaus bin Daud
Nurshaidatul Afizah binti Abu
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan aktiviti stesyen pelangi dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta dengan huraian yang lengkap dalam soalan struktur Pengajian Perniagaan 946/2. Aktiviti ini menggabungkan 2 aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 iaitu aktiviti stesyen berputar dan kumpulan pelangi.Seramai 28 pelajar 6 AK 3 daripada 117 pelajar telah dipilih sebagai respondan kajian ini. Tinjauan awal secara temubual mendapati bahawa pelajar keliru dan tidak dapat membezakan antara fakta dan huraian. Kesan daripada kegagalan mengenal pasti fakta khusus menyebabkan pelajar gagal mendapat markah walaupun dengan huraian yang betul. Pengkaji telah melaksanakan kajian aktiviti ini dalam 2 fasa untuk kelas 6 AK 3. Pengkaji juga menggunakan borang maklum balas untuk melihat tingkah laku pelajar. Analisis data dilakukan menggunakan peratusan. Secara keseluruhannya , hasil dapatan menunjukkan penggunaan aktiviti Stesyen Pelangi ini dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dan huraian respondan. Akhir sekali aktiviti ini juga telah membantu kemahiran pelajar menyediakan nota secara teratur dan berkesan.