Keberkesanan Penggunaan Model Polya Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Bagi Tajuk Nombor Bulat Tahun 3 Tulip, Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru
Oleh:
Tuan Siti Humaira binti Tuan Hashim
Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru, 31600 Gopeng, Perak
1.0 PENDAHULUAN
Masalah Matematik berayat
Permasalahan Matematik berayat ini berasal dari fenomena matematik atau situasiyang tercetus daripada konflik kognitif dalam fikiran murid itu. Konflik kognitif tersebut tidak mampu diatasi dengan menggunakan tindakan yang sedia ada. Kebiasaannya, penyelesaian masalah matematik berayat ini diterapkan di dalam topik Nombor Bulat dimana cara penyelesaiannya telah diperincikan dengan lebih spesifik melalui beberapa kata kunci yang diberikan. Lim Chee Sang, Fatimah Sahlan & Munirah Ghani (2003) menyatakan Dasar Kurikulum Sekolah Malaysia menyifatkan permasalahan Matematik berayat merangkumi contoh khusus berkaitan masalah melibatkan penceritaan terhadap nombor bulat. Masalah yang dikaji dalam kajian ini memerlukan murid untukmenceritakan kembali apakah permasalahan yang timbul berkaitan dengan Matematik berayat.