E-Lite : Total Physical Response (TPR) - SK SAHOM

 

 

 

Oleh : SK SAHOM

ABSTRAK

E-Lite : Total Physical Response (TPR) adalah merupakan salah satu inovasi Panitia Bahasa Inggeris SK Sahom dalam usaha meningkatkan peratusan pencapaian Tahap Penguasaan Minimum murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Inovasi ini merupakan sebahagian daripada kajian tindakan yang dijalankan oleh Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi menarik minat dan kecenderungan tumpuan murid semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan. Kerjasama semua warga sekolah, kajian tindakan ini telah digunakan sebagai lanjutan kepada program sokongan panitia. Kertas ini menghuraikan konsep pelaksanaan program ini yang meliputi aspek-aspek pelaksanaan, pengurusan dan langkah-langkah yang telak diambil untuk merealisasikan kejayaan E-Lite: Total Physical Response (TPR)  ini. Di samping itu, dapatan awal daripada pelaksanaan dan pencapaian program ini serta pemerhatian terhadap tingkah laku responden turut dihuraikan. Jelas daripada maklumat yang dikumpulkan bahawa kajian tindakan ini telah dapat menyumbang kepada kuailti pembelajaran dan pemudahcaraan guru mata pelajaran serta mampu untuk menyumbang peningkatan peratusan pencapaian Tahap Penguasaan Minimum bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.