KEBERKESANAN KAEDAH ToP10 ( TOLAK PASANGAN 10 ) TERHADAP KEMAHIRAN PENOLAKAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

 

 

 

KEBERKESANAN KAEDAH ToP10 ( TOLAK PASANGAN 10 ) TERHADAP KEMAHIRAN PENOLAKAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Oleh :
Panitia Matematik SKSBC
Sekolah Kebangsaan St Bernadette‟s Convent,
Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak


ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan dan penguasaan murid Tahun 3 dalam tajuk penolakan. Seramai 41 orang murid Tahun 3 Kreatif daripada SK St Bernadette‟s Convent telah dipilih sebagai subjek kajian. Dalam kajian ini, murid-murid telah diuji secara ujian bertulis dengan menggunakan satu set 12 soalan penolakan mengumpul semula. Selepas ujian pertama, murid-murid diuji sekali lagi secara bertulis dengan menggunakan kaedah ToP10 ketika menjawab soalan. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah „ToP10‟ ini berkesan terhadap kajian bagi meningkatkan kemahiran penguasaan secara mengumpul dan mengurangkan kesilapan yang berlaku dalam pengiraan. Cadangan daripada kajian ini diharapkan interversi ini dapat diperluaskan dalam sesi pengajaran guru bagi topik penolakan dengan mengumpul semula.