Oleh :
SITI ZUBAIDAH BINTI SARIAAT
Guru Matematik SK. Changkat Tin, Tanjung Tualang
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah matematik murid dalam empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam kajian ini difokuskan kepada pelajar Tahun 3 dan operasi yang di pilih ada tolak mengumpul semula. Pelajar- pelajar ini akan bermasalah dalam mengumpul semula bila melibatkan nombor lebih dari sepuluh untuk menolak nombor satu digit. Dalam kajian ini, jari digunakan untuk menolak dan menambah semula. Tajuk kajian ini diberi nama “jari-jariku sayang turun naik”. Setelah kaedah ini digunakan terdapat peningkatan markah dalam ujian sebelum dan selepas kaedah ini digunakan. Kaedah kajian ini adalah secara bertulis. dan pemerhatian.Ramai pelajar tahun 3 dapat menguasai tolak dengan mengumpul semuala menggunakan kaedah ini. Objektif kaedah ini tercapai kerana pelajar yang lebah juga dapat menjawab soalan dengan betul dan mereka berminat untuk belajar kerana setiap kali menolak pelajar ini dapat menjawab dengan betul.