MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU -SJKC CHUNG SUN TRONOH

 

 

SJK(C) CHUNG SUN, TRONOH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU

 

REFLEKSI

Saya memilih tajuk ini adalah untuk membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan murid dengan memberi penekanan sepenuhnya tentang pembentukan ayat yang betul. Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dariaspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Murid menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek, penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Hal ini disebabkan semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran menulis, didapati murid menghadapi masalah dalam pembinaan ayat dengan bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata yang disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila murid tidak dapat membina ayat tentang sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat