MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID UNTUK MENJAWAB SOALAN BERBENTUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MELALUI AKTIVITI INKUIRI
OLEH :
NALENEI A/P JAYARAMAN
SJK(T) LADANG KOTA BAHROE,GOPENG.
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah inkuiri penemuan untuk meningkatkan kebolehan murid menjawab soalan berbentuk KBAT. Responden kajian ini terdiri daripada 4 orang murid daripada Tahun 5 yang mempunyai prestasi sederhana dan lemah. Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan ujian 1, ujian 2, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis, didapati menunjukkan min markah murid bagi sebelum dan selepas tindakan telah meningkat sebanyak dari 59.5% ke 68%. Ini menunjukkan tindakan yang digunakan telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam topik yang dipilih. Hasil soal selidik dan keputusan temu bual turut menunjukkan peningkatan dalam minat dan kebolehan murid menjawab soalan berbentuk KBAT sementara hasil dapatan pemerhatian menunjukkan penglibatan murid dalam kelas bertambah baik semasa kaedah inkuiri penemuan digunakan berbanding dengan kaedah tradisional. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah inkuiri penemuan yang dilaksanakan telah dapat meningkatkan minat dan kebolehan murid Tahun 5 dalam menjawab soalan berbentuk KBAT