RODA SIFIR BERPUTAR
MOHD IZAR SHAZERY BIN SAHBUDIN
SK TANJONG TUALANG, TANJONG TUALANG
ABSTRAK
Projek ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan lagi kemahiran sifir dalam bidang Matematik. Dalam bidang ini beberapa kemahiran asas yang berkaitan dengannya akan diterapkan. Setelah membuat analisis dan pemerhatian pada sekolah ini, didapati terdapat ramai murid masih kurang mampu menghafal sifir. Melalui projek ini juga diharap murid-murid di sekolah ini dapat melatih diri dengan aktif dalam pembelajaran sifir. Di samping murid-murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis dan boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap, bijak, dan pantas. Pengaplikasian sifir dalam pembelajaran Matematik mampu meningkatkan pencapaian Matematik murid kerana penguasaan sifir merupakan modal asas yang penting dalam menguasai kemahiran yang lain
Objektif.
Beberapa objektif dikenal pasti agar dapat dicapai oleh murid-murid di sekolah ini:-
- Meningkatkan prestasi murid dalam Matematik.
- Menambah keyakinan kendiri murid untuk memahami dan menyelesaikan masalah -masalah dalam Matematik terutama murid di sekolah ini menerusi pembelajaran Matematik.
- Meningkatkan peratus kelulusan murid dalam Matematik.
- Meningkatkan peratus penguasaan sifir dalam kalangan murid 100%.
- Menambah keyakinan murid dalam penggunaan sifir dengan bijak dan pantas.
- Menggalakan para murid berinovasi dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
- Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih bersemangat untuk menjadi murid yang kritis dan berdaya saing untuk membina sesuatu yang baru.