SAN (SAYA ARIF NOMBOR)
Magic Box 2.0 Membantu Menguasai Konsep Tambah Dalam Kalangan Murid Prasekolah.
HALIDAH LAILI BINTI SHAARANI
SK SENTOSA, KAMPAR
ABSTRAK
Sebagai guru prasekolah saya sering berhadapan dengan masalah segelintir murid yang sukar untuk mengenal nombor, menulis nombor dalam keadaan yang terbalik sehingga menyukarkan guru untuk mengajar operasi nombor seperti operasi tambah. Terdapat juga dikalangan murid ini yang hanya boleh menyebut nombor tetapi menghadapi kesukaran dalam menentukan nilai nombor tersebut. Bagi mengatasi masalah ini saya telah menerapkan pelbagai kaedah, eknik dan pendekatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancangkan bagi membantu murid untuk menguasai konsep nombor dengan baik. Antara eknik yang saya aplikasikan ialah seperti bercerita , nyanyian dan aktiviti hands on yang berunsurkan belajar melalui bermain. Aktiviti seperti ini amatlah meningkatkan minat murid dalam mempelajari sesuatu kaedah mempelajari sesuatu secara hands on dan minds on dapat meningkatkan fahaman murid terhadap nombor dengan lebih kukuh lagi dan dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi nombor khasnya dalam mengusai kemahiran konsep tambah. Alhamdulillah dengan menggunakan inovasi saya ini murid telah menguasai konsep tambah dengan baik.