MENAMBAH BAIK KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK “SKOP” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
PHAN BAO YI
CHIN MEEI YUH
TUNG MEE KHENG
SJKC SIN MIN TRONOH MINES, KAMPAR
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik kemahiran membina ayat dalam kalangan murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan tiga orang guru sebagai pengkaji dan empat orang murid Tahun 3 sebagai peserta. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan-latihan dan ujian pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid menghadapi masalah tiada idea untuk membina ayat lengkap. Perancangan tindakan difokuskan kepada kemahiran Teknik “SKOP” untuk meningkatkan daya pemikiran murid. Murid telah didedahkan kepada Teknik “SKOP” semasa sesi pembelajaran dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Hasil temu bual pula menunjukkan murid lebih berminat untuk menggunakan teknik “SKOP” semasa membina ayat dan hasil ayat yang dibina lebih gramatis. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknik “SKOP” berupaya menambah baik kemahiran membina ayat Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3.