PENGGUNAAN TEKNIK “SMART BOARD” DAN KEKISI DAPAT MENGATASI MISKONSEPSI PENDARABAN UNTUK PELAJAR LEMAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN TEKNIK “SMART BOARD” DAN KEKISI DAPAT MENGATASI MISKONSEPSI PENDARABAN UNTUK PELAJAR LEMAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

NURHAZURAH @ AZIMAH BT MOHD HASAN

MAIZATUL HUSNA BT MEOR MOHAMMED AMNO

SK SERI TRONOH, TRONOH

 

 

ABSTRAK

 

Pendaraban merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Pelajar sekolah rendah sering mengalami permasalahan darab disebabkan tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Kepentingan kemahiran ini, sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Atas kesedaran ini suat kajian telah dibuat untuk mengenal  pasti  perbezaan  antara  kaedah   pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan teknik Smart Board dan kekisi. Dua puluh (20) orang pelajar lemah Tahun Enam (44) diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Sampel terdiri daripada dua (2) kelas dari sekolah yang sama. Pelajar ini didedahkan menggunakan teknik Smart Board dan kekisi untuk membuktikan keberkesanan darab dengan baik. Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan antara dua ujian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan markah teknik Smart Board dan kekisi. Secara keseluruhannya teknik Smart Board dan kekisi ini berkesan berbanding dengan kaedah tradisional dalam pdpc. Beberapa cadangan ada dibincangkan untuk tujuan kajian akan datang.