PENINGKATAN DATA NILAM BAHAN BACAAN BAHASA INGGERIS MELALUI KAEDAH BACAAN KONGSI SECARA BERKUMPULAN DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5 INOVATIF, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TRONOH, PERAK.

PENINGKATAN DATA NILAM BAHAN BACAAN BAHASA INGGERIS MELALUI KAEDAH BACAAN KONGSI SECARA BERKUMPULAN DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5 INOVATIF, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TRONOH, PERAK.

NOR AIZATILKHAIRANI BINTI ASIN @ ZAKARIA

SITI ZARMI BINTI MAT GHANI

SITI HABSAH BINTI HASHIM

SK SERI TRONOH, TRONOH

 

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menentukan dan mengatasi masalah murid-murid Tahun 5 Inovatif SK Seri Tronoh yang kurang membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Seramai 20 orang murid Tahun 5 Inovatif, SK Seri Tronoh terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui rekod bacaan dalam Program Bacaan Pagi NILAM, selama tiga bulan iaitu dari bulan Ogos hingga Oktober 2020. Hasil tinjauan menunjukkan jumlah bahan bacaan yang dibaca oleh murid Tahun 5 Inovatif SK Seri Tronoh dalam Bahasa Inggeris terlalu kurang. Perancangan tindakan telah difokuskan kepada beberapa rancangan untuk meningkatkan minat membaca bahan-bahan bahasa Inggeris selama tiga bulan iaitu dari bulan Februari hingga April   2021.   Antara   t eknik    yang  digunakan    untuk meningkatkan minat murid membaca bahan berbahasa Inggeris ialah melalui teknik bacaan kongsi (shared reading) secara berkumpulan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soal selidik yang diedarkan kepada murid merangkumi data-data sebelum dan selepas kajian dijalankan. Hasil kajian menunjukkan para murid Tahun 5 Inovatif, SK Seri Tronoh berminat dengan kaedah teknik bacaan kongsi secara berkumpulan yang digunakan untuk membaca bahan bahasa Inggeris. Item soalan ini mendapat keputusan tertinggi iaitu peningkatan daripada 9 orang murid kepada 16 orang murid. Analisis data Nilam juga menunjukkan terdapat peningkatan pembacaan murid terhadap bahan bacaan Bahasa Inggeris sebanyak 281 buah iaitu daripada 164 buah pada Ogos hingga Oktober 2020 kepada 445 buah buku pada bulan Februari hingga April 2021. Secara keseluruhannya, budaya membaca perlu dipraktikkan dengan kaedah-kaedah tertentu agar dapat memupuk minat membaca di kalangan murid terutamanya bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.