PENGGUNAAN ALAT ‘SUBTRACTION BLISS’ DAN KAEDAH ‘LUKIS, PANGKAH, KIRA (LUPAKI)’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 20

PENGGUNAAN ALAT ‘SUBTRACTION BLISS’ DAN KAEDAH ‘LUKIS, PANGKAH, KIRA (LUPAKI)’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 20

CHANDRAKALA A/P GOPAL

SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan operasi tolak dalam lingkungan satu hingga dua puluh bagi murid-murid Tahun 1 di sekolah saya. Subjek kajian adalah seramai 6 orang murid. Subjek mengalami masalah dalam membuat operasi tolak asas dalam lingkungan satu hingga dua puluh. Saya menggunakan instrumen ujian penilaian seperti ujian pra untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam menguasai operasi tolak. Seterusnya saya menggunakan instrumen ujian pos dan lembaran kerja untuk menentukan tahap kemajuan murid dalam menguasai operasi tolak. Selain itu, saya juga turut menggunakan analisis dokumen dan temubual    untuk     mendapatkan   data    yang   hendak dianalisa. Saya berharap hasil kajian ini dapat membantu murid-murid memahami kemahiran operasi tolak. Dalam kajian ini saya mencuba menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik iaitu ‘Subtraction Bliss’ hasil ciptaan saya sendiri untuk membantu murid menguasai kemahiran pengiraan melibatkan operasi tolak. Hasil dari kajian mendapati bahawa murid dapat memahami konsep tolak dengan sepenuhnya. Setelah murid memahami konsep tolak, saya memikirkan bagaimana murid akan membuat operasi tolak tanpa alat bantu mengajar. Dengan ini saya menggunakan kaedah seterusnya iaitu ‘Lukis, Pangkah, Kira (LUPAKI). Murid yang sedia faham dengan konsep tolak tanpa melengah masa mengambil tindakan untuk menggunakan kaedah ‘LUPAKI’ ini. Hasil analisis menunjukkan pendekatan intervensi kedua-dua bentuk, alat dan kaedah yang dilaksanakan berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan operasi tolak dikalangan murid masalah pembelajaran.